Sistem memaklumkan admin melalui Push apabila permohonan direkodkan. Dealer masih boleh WhatsApp Admin. E-mel tidak digunakan untuk notifikasi permohonan ini.

1

Aktifkan telefon admin sekali

Panel Admin → Notifikasi Admin

Login panel admin melalui Chrome Android atau PWA. Buka Notifikasi Admin, tekan Aktifkan dan pilih Benarkan apabila pelayar meminta kebenaran. Gunakan butang Uji untuk menyemak telefon. Jika menggunakan aplikasi WebView yang tidak menyokong Push, buka panel melalui Chrome.

2

Dealer mohon, sistem menghantar notifikasi

Pendaftaran, upgrade, pembelian slot Team Lite, permohonan Nombor Cantik Pro, permohonan peranti dan permohonan akses OT atau Termination yang berjaya direkodkan boleh mencetuskan notifikasi. Dealer tidak perlu menghantar e-mel atau WhatsApp untuk mencetuskan Push. Penghantaran diproses oleh tugasan server setiap minit; masa tiba bergantung pada sambungan dan telefon.

3

Mohon akses OT atau Termination

Tekan Hantar permohonan kepada admin dalam modul berkaitan untuk merekodkan permohonan. Butang WhatsApp Admin dikekalkan untuk pertanyaan atau menghantar bukti yang diperlukan. Membuka WhatsApp sahaja tidak merekodkan permohonan dalam sistem. Kelulusan admin masih diperlukan sebelum fungsi dilindungi boleh digunakan.