User Kit pelanggan boleh digunakan melalui aplikasi Android berasingan atau mini PWA dengan identiti dealer sendiri. Pelanggan tidak perlu login. Enam kad fungsi harian, Daftar & Aktivasi SIM serta butang Careline, E-mel dan Bantuan Lain dikekalkan. APK User Kit berasingan daripada aplikasi OneSys.
ℹ️
Apa yang ada dalam User Kit Semak Baki melalui *150*1# dan Easy Menu melalui *150#. Top Up & Bayaran dengan XOX FAST, Tebus 16PIN dan JomPAY. Tebus voucher 16PIN dengan kod *150*2*16PIN# yang dijana automatik sebelum dail. Download aplikasi XOX 5G mengikut Android atau iPhone. Dealer Saya — WhatsApp dealer serta Kedai & Cawangan fizikal jika dealer mengaktifkan lokasi untuk pelanggan. Pelan & Promo yang membuka katalog pelanggan dealer. Daftar & Aktivasi SIM — satu panduan MyDigital ID + XOX 5G dengan Daftar ID, SIM 18+, bawah 18 / guardian, video dan bantuan rasmi. Careline — tiga nombor panggilan dan waktu operasi 8 pagi–8 malam setiap hari. Salin panduan atau buka draf WhatsApp pelanggan dengan waktu operasi yang sama. Tebus reward yang telah diterima melalui portal pada telefon atau aplikasi XOX 5G; semak syarat dan tarikh luput setiap tawaran. Bantuan Lain — langgan data prepaid, tamatkan langganan data semasa melalui SMS DATA END ke 22111, tempoh sah, APN Android/iOS, aktivasi 5G, VoLTE dan speed test. Panduan Prepaid dan Online Store tidak lagi dipaparkan dalam popup ini. 1
Buka menu Kongsi User Kit Magic Quick Bar → User Kit
Anda juga boleh buka Customer Care → Selepas Jualan → User Kit. Kedua-duanya menggunakan pautan dealer yang sama.
ℹ️
Top Up & Bayaran XOX FAST — top up atau bayar bil secara online. Tebus 16PIN — masukkan tepat 16 digit PIN; User Kit lengkapkan *150*2*16PIN# dan buka dialer. JomPAY — Biller Code 70771 dan Ref-1 ialah nombor mudah alih XOX pelanggan. ℹ️
Careline dan salinan pelanggan Tekan Careline untuk melihat 12273 dari talian XOX, 1300 888 010 dari telco lain dan +603-7800 0033 dari luar negara. Waktu operasi ialah 8 pagi–8 malam setiap hari, waktu Malaysia. Salin panduan atau WhatsApp menyediakan nombor serta waktu operasi untuk pelanggan. Pelanggan menghantar mesej WhatsApp sendiri.
ℹ️
Bantuan Lain untuk pelanggan Langgan Data Prepaid: dail *150# → 3 Internet → Tempoh Langganan → pilih Pelan. Beli Tempoh Sah Kredit: XOX 5G App → XOX Mobile → Purchase Validity. Pastikan baki kredit mencukupi. APN Android: Create New APN → masukkan XOX 4G / xox / MCC 502 / MNC 19 / type default → Save → tick APN XOX 4G. APN iPhone: edit APN kepada xox dan tekan Back; Username/Password dibiarkan kosong. Aktifkan 5G: taip 5G ON dan hantar SMS ke 22777. VoLTE: hidupkan VoLTE / 4G Calling. Jika ikon VoLTE masih tiada, hubungi Careline untuk semakan profil. Semak kelajuan internet melalui fast.com. Tamatkan langganan data semasa: taip SMS DATA END dan hantar ke 22111. Buka SMS hanya menyediakan draf; pelanggan menyemak dan menghantar sendiri. Salin kod, salin panduan atau kongsi melalui WhatsApp juga tersedia. SMS PIN Topup Tidak Diterima: bantuan Mobility One untuk belian online banking yang berjaya tetapi SMS PIN baucer 16 digit belum diterima. Salin panduan, pilih nombor WhatsApp dan lampirkan gambar resit sendiri. ℹ️
Dealer Saya & lokasi kedai Tile Dealer Saya menggantikan shortcut WhatsApp terus supaya pelanggan mempunyai satu tempat untuk hubungi dealer dan cari kedai. Jika dealer mempunyai satu atau lebih lokasi aktif, User Kit memaparkan nama kedai, daerah/negeri, waktu operasi dan butang Arah ke Google Maps. Dealer yang mempunyai banyak kedai boleh menyimpan sehingga 10 cawangan dan menandakan satu sebagai cawangan utama. WhatsApp cawangan adalah pilihan. Jika kosong, User Kit menggunakan nombor WhatsApp dealer utama. Jika dealer tiada kedai fizikal, User Kit kekal ringkas dan hanya memaparkan WhatsApp dealer dalam Dealer Saya. 2
Pilih bahasa pelanggan User Kit menyokong BM, English, 中文 dan தமிழ். Pautan yang dikongsi akan menggunakan Bahasa Pelanggan/Kandungan yang sedang aktif.
3
Pilih cara berkongsi Jika mahu hantar terus melalui WhatsApp, masukkan No. WhatsApp Pelanggan dalam ruang yang disediakan. Nombor itu hanya digunakan untuk membuka WhatsApp dan tidak disimpan. Anda juga boleh gunakan Salin Link, Kongsi, Buka User Kit atau Buka QR. Pautan dealer menggunakan format /u/ID-DEALER.
4
Hantar selepas Customer Welcome Customer Care → Selepas Jualan → Pelanggan Baru → Hantar User Kit
Jika nombor pelanggan sudah diisi dalam Customer Welcome, nombor itu akan diisi automatik dalam modal Kongsi User Kit. Semak nombor dan tekan Hantar WhatsApp.
ℹ️
PWA dan APK untuk kegunaan offline PWA boleh dipasang ke Home Screen pada Android dan iPhone. Buka halaman dealer serta bahasa yang dipilih ketika online dahulu untuk menyimpannya. Halaman yang masih sah dibuka daripada simpanan sambil kemas kini diperiksa di latar belakang. APK Android pula menyediakan panduan umum terus selepas dipasang; pautan dealer perlu disahkan sekali ketika online. Panduan yang disimpan boleh dibaca offline, tetapi dialer, USSD dan SMS memerlukan perkhidmatan mudah alih; XOX FAST, portal, video, Maps, WhatsApp serta pautan luar memerlukan sambungan yang sesuai. Identiti dealer tidak digunakan lagi apabila salinan lesen tamat tempoh atau akses disahkan tidak tersedia. Selepas kemas kini UKA1, buka PWA sekali ketika online untuk menyimpan maklumat tempoh lesen dan aset terkini.
✅
Mobile Viewport Recovery v2.1 Jika sesetengah telefon atau in-app WebView tersalah membuka User Kit dalam desktop-size viewport, User Kit mengesan keadaan itu dan memulihkan skala mobile secara automatik. Pelanggan sepatutnya terus mendapat paparan penuh tanpa perlu pinch-zoom. Desktop/laptop kekal menggunakan layout compact biasa.
✅
Pemasangan iPhone/iPad v2.2 Dalam Safari atau Chrome pada iPhone/iPad, tekan butang Pasang pada User Kit untuk cuba membuka menu Share terus. Pilih Add to Home Screen → Add. Jika User Kit dibuka dalam WhatsApp/Facebook/Instagram dan pilihan itu tidak tersedia, gunakan Open in Safari / Open in Chrome dahulu.
✅
Comfort Readability v2.3 Enam butang utama User Kit kini menggunakan ikon dan tulisan yang lebih besar supaya fungsi seperti Semak Baki, Easy Menu, Top Up & Bayaran, XOX 5G App, Dealer Saya dan Pelan & Promo lebih mudah dibaca sekali pandang. Layout dua kolum dan maksimum dua baris kekal untuk telefon kecil.
5
SMS TAC / OTP selepas MNP Customer Care → Selepas Jualan → SMS TAC / OTP selepas MNP; User Kit → Bantuan Lain → SMS TAC / OTP selepas MNP
Salin panduan atau Salin UPDATE untuk semakan sendiri; perkongsian pelanggan tersedia. Panduan ini tidak membuka draf SMS ke kod bank secara automatik. Pautan User Kit yang berakhir dengan #tac-help membuka bantuan yang sama.