Langkah pertama Up Status ialah menentukan apa yang mahu dipromosikan. Selepas memilih pelan atau preset, barulah jenis visual dan platform dipilih.
Pilih kategori
Pilih kategori yang paling dekat dengan kempen anda. Contohnya Prabayar untuk X22, X35 dan X48 atau Tempoh Sah untuk VALID 6 dan VALID 12.
Pilih pelan atau preset
Tekan kad pelan atau Post Siap yang mahu digunakan. Sistem akan membawa anda ke pilihan jenis visual, sumber gambar dan platform.
Pilih jenis bahan
Poster dan Poster Teks dijana oleh sistem. Poster Creative menggunakan gambar siap guna daripada koleksi yang tersedia.
Pilih sumber gambar
Gunakan eFlyersXOX untuk poster yang dijana sistem atau Album Saya jika anda sudah menyimpan artwork sendiri untuk pelan tersebut.