Share Analytics membantu dealer memilih masa follow-up dengan melihat prestasi pautan pelanggan. Ia memaparkan pelan paling banyak dibuka serta status personalised recommendation yang sudah dikongsi.

1

Buka Share Analytics

Control Center → Ringkasan → Statistik terperinci → Statistik perkongsian

Lihat jumlah lawatan pautan katalog, pelan, Combo dan Cadangan Khas. Tekan mana-mana angka pada kad statistik dashboard untuk segarkan kiraan. Notis masa penyegerakan dipaparkan seketika. Penerangan Cara kiraan statistik dan status penuh berada di Control Center → Ringkasan → Statistik terperinci → Statistik perkongsian. Jika sambungan gagal, kiraan terakhir dikekalkan dan notis menyatakan ia belum berjaya disegerakkan.

2

Semak tindakan kongsi dan bukaan

Perkongsian ialah tindakan membuka WhatsApp atau menyerahkan kandungan melalui menu Kongsi. Salin teks dan muat turun Up Status dikira berasingan. Pembatalan menu Kongsi tidak menambah kiraan. Cadangan Khas /s/KOD yang disalin dan dihantar sendiri tetap boleh merekod bukaan; ia tidak bergantung pada status kongsi.

3

Gunakan maklumat sebagai isyarat follow-up

Jika cadangan sudah dilihat, itu boleh menjadi masa yang sesuai untuk bertanya sama ada pelanggan mahu bantuan memilih atau mendaftar. Gunakan Prospek untuk menyimpan tarikh susulan.