Adakah SRP dan Buku Resit termasuk dalam lesen?
Ya, kedua-duanya tersedia untuk Lesen Penuh aktif. Team Lite Starter tidak merangkumi fungsi ini. Pengesahan PIN diperlukan dalam aliran dokumen bagi ID yang menggunakan akses PIN baharu.
Boleh orang cari dealer saya melalui Google?
Ya, untuk Full Dealer yang memilih Paparkan di Control Center → Profil → SEO & Google. Dealer boleh isi kawasan servis tanpa mendedahkan alamat rumah. Profil public dimasukkan ke Direktori Dealer dan sitemap eFlyersXOX; kemunculan/ranking akhir tetap ditentukan oleh enjin carian.
Perlu pandai buat website?
Tidak. Website, susunan pelan dan fungsi pemasaran telah disediakan. Dealer hanya melengkapkan maklumat sendiri dan menggunakan alat yang tersedia.
Boleh aplikasi dealer kekal BM tetapi pelanggan guna Chinese atau Tamil?
Ya. Bahasa Aplikasi dan Bahasa Pelanggan/Kandungan dipisahkan. Dealer boleh menggunakan BM sementara bahan pelanggan menggunakan English, 中文 atau தமிழ்.
Nama rasmi saya panjang. Boleh pendekkan?
Ya. Isi Nama Paparan dalam Tetapan → Profil. Nama rasmi lesen kekal dikunci, manakala Nama Paparan digunakan pada footer, Kad Digital dan thumbnail.
Apa beza link /d/, /c/, /p/, /combo/, /k/, /s/ dan /u/?
/d/ untuk dealer, /c/ katalog pelanggan, /p/ satu pelan, /combo/ beberapa pelan, /k/ Kad Digital, /s/ cadangan khas dan /u/ User Kit pelanggan.
Bagaimana notifikasi Peneman Dealer berfungsi?
Dealer memberi kebenaran notifikasi untuk rutin promosi dan Reminder Bil & Topup. eFlyersXOX mengingatkan dealer tetapi tidak auto-post atau auto-send WhatsApp; dealer masih menekan Kongsi/Hantar sendiri.
Di mana data Prospek & Bil/Topup disimpan?
Maklumat penuh customer/prospek disimpan pada peranti dealer. Server hanya menerima ID reminder rawak serta jadual minimum yang diperlukan untuk Web Push; nama, WhatsApp, pelan dan nota tidak disimpan sebagai database customer di server. Dealer digalakkan membuat Backup Prospek secara berkala.
Adakah statistik menggunakan Google Analytics?
Tidak. Statistik menggunakan counter ringan eFlyersXOX. Share Analytics hanya menyimpan kiraan buka dan masa pautan dilihat; IP, identiti peranti dan profil pelawat tidak disimpan.
Boleh pilih WhatsApp biasa atau WhatsApp Business?
Ya. Dealer boleh memilih WhatsApp biasa, WhatsApp Business atau Tanya setiap kali dalam Tetapan.
Boleh saya bagi downline guna eFlyersXOX?
Ya. Gunakan Dealer Network / Team Access. Full Dealer membeli Team Lite Slot (default RM5/slot/tahun) dan downline menerima Team Lite Starter menggunakan ID Dealer serta WhatsApp sendiri. Starter hanya untuk digital flyer asas; fungsi premium memerlukan Full Licence. Upgrade Full melalui Team Lite turut mengunci referrer/upline untuk Referral 1-Level.
Perlu guna Team Lite untuk dapat referral?
Tidak. Full Dealer boleh kongsi Referral Link terus kepada dealer yang mahu membeli Full Licence. Team Lite hanyalah pilihan Starter digital flyer; referral juga direkod apabila Team Lite naik taraf ke Full.
Bagaimana komisen referral dibayar?
Dealer boleh simpan nama dan nombor akaun/telefon Touch 'n Go eWallet dalam Dealer Network → Maklumat Bayaran Komisen. Komisen boleh terkumpul walaupun maklumat belum diisi, tetapi Admin memerlukan maklumat TNG sebelum payout ditanda selesai.
Kenapa preview Kad Digital kadang-kadang lambat berubah?
Platform sosial boleh menyimpan cache preview. eFlyersXOX menggunakan revision unik dan short link untuk mengurangkan isu ini. Gunakan Link Baharu jika preview lama masih tersimpan.
Apa itu User Kit pelanggan?
User Kit ialah mini PWA selepas jualan dengan pautan dealer sendiri. Pelanggan boleh semak baki, buka Easy Menu, top up/bayar bil, tebus 16PIN, lihat JomPAY, Careline, APN/5G/VoLTE, Pelan & Promo dan WhatsApp dealer dari satu skrin compact.
Apa itu Nombor Cantik Pro?
Nombor Cantik Pro ialah add-on RM20/tahun untuk Dealer ID yang mahu menggunakan inventory supplier, stok Nombor Saya, multi-select/share dan link pelanggan /n/ID-DEALER. Trial 90 hari tersedia sekali. Selepas trial, dealer boleh Langgan/Renew RM20/tahun, upload resit dan menunggu Admin Approve/Reject. Apabila akses tamat, paparan dealer dan pelanggan ditutup tetapi stok/history tidak dipadam.
Perlu install aplikasi?
Tidak wajib. eFlyersXOX dealer dan User Kit pelanggan boleh ditambah ke Home Screen untuk pengalaman PWA yang lebih pantas dan mudah dicapai.
Adakah fungsi akan dikemas kini?
Ya. Kemas kini sistem dan kandungan yang disediakan pentadbir muncul melalui pautan dealer yang sama.